Thursday, December 30, 2010

mengemas sawang2

salam semua...uish banyaknye sawang...lama betul tak meluahkan isi hati....InsyaAllah tahun 2011 akan selalu berbloging...hahaha Selamat menyambut tahun baru kawan2 semua...

Friday, April 9, 2010

Happy B'day to me!!!!!

Salam...

Bertemu kembali di era umurku dah menjangkau 3 series...kurasa semakin muda ok..bukan semakin tua..hehe ayat untuk memotivasikan diri supaya selalu nampak muda. Kalau boleh masih bergetah macam Anita Sarawak walaupon umurku nanti dah nak masuk 70...InsyaAllah kalau umur panjang...so bagi memastikan tulang x reput ku telah beli susu sebagai persedia...sama macam iklan enlene tu, 'apabila umur anda telah menjangkau 30 tahun dan keatas, tulang memerlukan lebih kalsium supaya tak kriuk kriuk bunyinya" hehe yang kriuk kriuk tu aku yang tambah...Banyak benda yang kufikirkan bila usia yang makin bertambah ni. Antaranya

1) Umur tambah maksudnya usia makin pendek
2) Tentang susah payahnya arwah mak lahirkan aku.Bersalin kat rumah je. Mcm mana la mak aku rasa time tu.Kita sekarang kalau bersalin kat rumah adalah satu kepelikkan la kot.Sebab xde dah yang nak bersalin kat rumah sekarang ni kecuali terbesalin.
3) Menjaga kesihatan supaya dapat menjaga keluarga sebaiknya
4) Nak tambah anak dan harta hehe tapi x la dalam masa terdekat ni untuk yang tambah anak tu . Tahun 2011 kot...hehe

So bagi meraikan ulang tahun kelahiranku yang ke 30, aku dapat dating ngan hubbyku...cuti 1/2 hari aku dan dia pada hari itu..Punya la nak feel mcm alam percintaan. Sanggup tu cuti. Kalau tak memang x leh nak dating..sorang satu kena ambik hb.Epul ambik kakak , aku ambik adik...hehe kali ni kasi chance la kat kamikan ...so kami pi makan dan karaoke...hehe syook nye dapat release tension...


Thank you ayah kerana belanja ummi makan. Love you soooooomuch..tapi sebenarnya kalau ayanh tak belanja x beli hadiah pon ummi akan love ayah soooooo much hehe...


macam masa couple2 dulu plak kurasa.


Lepas makan2 kami pi lontarkan suara emas...hahha emas ke?hanya aku dan dia yang tahu...tapi tah mcm mana sapa ngan wallpaper la plak warna baju aku....haduh kalau dok dekat dah x jumpa aku dah...

Huish tgah tarik ni....nasib tak masuk AF je. kalau tak memang korang semua tak sanggup nak afundi aku..hahahha


Dan bila dating dah habis baru la ambik anak2 untuk raikan bersama..ini kami kat rumah abang long



suapan dari anakanda tercheta...damia tgk je...jeles la tu

sayang ummi...happy b'day ummi...
sayang kamu wahai anakku....sob sob sob emosi plak


budak comot ni plak yang nak sayang ummi..dia ni kalau sayang org pakai pipi sahaja..memag laga pipi je yang dia tau kalau nak sayang..watever la yang pasti ..ummi sayang kalian berdua....

And lastly...thank you to all my friends and family for the wishes. May God bless you

Monday, March 29, 2010

butter prawn berkuah

Rakan2 yang nak mencuba resepi ini, silakan...senang je, main campak2 je dah jadi dah...

Bahan2

1kg udang sederhana besar/besar ( buang kepala & ekor)
2 sudu besar butter ( kalau rasa mcm x cukup tambah la lagi)
1 biji bawang besar ( potong bulat/suka hati la nak potong mcm manapon)
2 biji bawang putih ( potong seperti biasa)
5 biji cili padi ( potong bagi kecil2)
susu cair ikut citarasa, kalau nak kuah lebih bubuh lebih
2 pelepah daun kari
garam secukup rasa


Cara
1. Masukkan butter dlm kuali panas( jgn terlalu panas nanti warna jadi hitam butter tu)
2. Masukkan bawang besar & putih
3. Masukkan udang , masak sehingga separuh masak kemudian
4.Masukkan cili padi dan daun kari
5.Masukkan susu cair dan kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa sehingga sebati dan tutup api.

Selamat mencuba

Nota: kalau x nak berkuah adjust dekat susu cair dan tambahkan dengan telur putih.so x berkuah la.

Sunday, March 21, 2010

resepi bluberry cistat

Resepi ihsan dari blog maklang corner. TQ mak lang
Aku memang teringin sangat nak cuba resepi ni, so dah beli bahan2 dengan semangat berkobar2 maka telah terlaksanalah hasratku.so kepada kawan2 yang nak cuba boleh la cuba resepi yang aku dah tepek ni..selamat mencuba!



BLUEBERRY CHEESTAT

Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry


Bahan A


200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega


Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

Ok gambar2 kat bawah ni hasil air tangan aku....hehe senang je buat cistat ni yang penting minat kena ada ye kawan-kawan.

pastry cistat sebelum dibakar

yang sudah siap untuk dimakan, walaupun rupanya buruk tapi rasanya sedap tau kawan2, ini 1st trial kasi can la burokkan...nanti aku dah pandai nanti aku kasi design lain plak..kali ni versi cacing tak pun kawan aku
yani cakap versi pacat..pacat pon pacat la yang penting sedap ok


kasihan anakku Dhia

Sob Sob Sob...


Maafkan ummi Dhia... sebab x kasi Dhia ikut pi rombongan sekolah dhia...xpe la next time ok....banyak lagi rombongan sekolah yang dhia boleh ikut...."Jalan ngan cikgu x best, jalan ngan ummi ayah adik lagi best...nanti ummi bawak dhia pegi petting zoo sama mcm teacher bawak tu"....dengan muka yang sedih dan tunduk dhia redha la kot....aduh kasihan anakku...sorry la masih x harap lagi nak melepaskan dhia pergi tanpa pengawasan kami....uish hanya aku yang tahu kelasakan anakku..takut terlepas pandang..kena kasi dhia besar sikit Insyaalah ummi akan kasi dhia pergi...baru la aku tau perasaan mak aku dulu2. mak aku pon susah benor nak kasi aku pegi rombongan...dipujuk di tanya beratus2 kali la kot baru lepas nak pegi rombongan...sepanjang aku sekolah penah sekali je aku dapat pegi rombongan masa sekolah rendah..pegi Negeri Terengganu...dan aku pon cuma ingat sikit2 je mana aku pegi kat sana, tgk penyu bertelur, pegi pasar payang, tgk org buat batik, melawat muzium kot kat sana...serius x bape ingat...kami adik beradik memang susah benor nak dapat pegi rombongan so kemana kalau x tumpahnya kuah kalau x kenasi....kan...adik aku su nak pi berkhemah siap tinggal2 nota bawah tudung saji, kunun bila ayah aku bukak baca la nota dia...ish macam2 cara weh...
So seperti yang dijanjikan olehku kerana tak pergi ikut rombongan sekolah aku bawak dhia berjalan sempena cuti sekolah. tapi bukan pegi petting zoo kat sunway, tapi kami pi Genting Highland...bukan main seronok dhia...gembira tgk dhia yang seronok sakan. at least kalau teacher tanya pegi mana masa cuti so ada la cerita yang dhia nak storykan....hehe ...gambar from camera x leh upload, x jumpa cable camera...layan la gambar dari hp 3.2mp aku...hehe


sedang menghirup udara segar, sejuk, nyaman sebelum makan ni, budak ni memang suka mengelat makan...ini berlakon ala2 ambik mood nak makan la kunun....badan kurus kering sebab susah benor nak makan...baru 12 kg umur dah nak masuk 4 tahun bulan 6 ni...minah slim ni mak su dia panggil..


naik ulat ngan damia.boleh la layan mainan budak2 ni...aku ngan ayah pon layan gak, sampai kitorang pon kena naik mende2 yang budak2 naik...time pegi genting kali ni, sejuk la...kena kasi anak2 pakai sarung tangan, dhia siap kena tutup telinga lagi...budak tak cukup lemak ni memang...


budak kecik sorang ni memang berani, naik ulat kuda sengsorang pon layan...memang x takut punya budak....

Gambar kiri ummi ngan damia, gambar kanan ayah ngan damia plak....yang ayah tu kena la layan anak naik gak kapal ni, ayah x nak naik sebab takut pening tapi disebabkan ummi x boleh hangkut 3 org satu kapal maka dengan terpaksa ayah naik la juga...
tapi apa2 pon yang penting anak2 ummi happy. Hai dah jadi ibu2 bapak2 ni memang nak kasi anak2 hepy je...sekianlah taktik ummi nak mengubat hati dhia yang lara dek kerna x dapat pegi rombongan sekolah...nampaknya berkesan tau...renung2kan dan selamat mencuba!


Friday, March 19, 2010

happy birtday to uolls...

Salam......semua

Dah lama x mengomel disini....sangat hilang mood....k sementara mood masih membuak2 ni kita teruskan cerita.Kali ni nak cerita pasal birthday party je....

Bermula dengan birthday FIL ku pada 31 Jan 2010. Dah jadi acara tahunan dah kalau b'day ayah mesti pegi dok PD seluruh family. Ayah akan sewa apartment DBKL kat Blue Lagoon kami ramai2 anak beranak dok sana sambil celebrate birthday ayah....

Atok yang malu nak tiup lilin kek, so sufi kena belakon2 la kasi cover atok...K happy b'day atok semoga atok sihat, gembira bersama kami semua dan sentiasa murah rezeki, kami semua sayang atok....


Cucu2 yang excited sentiasa.....tanpa kamu semua maka tak ceria lah kami....


K lepas birthday ayah 16 February plak birthday abang long aku...kami semua sekeluarga pi makan kat warong dusun kat Bangi...huhuhu....sangat epy...makanan kat sini pon blh la sedap gak..ada sup gear box ikan bakar dan banyak lagi...yang paling penting walaupon ramai orang tapi service sangat cepat.....caya la...

Ini pun ala malu2 nak tiup lilin..kasi anak buah cover plak....hehe kalau aku pon malu....sume tgk....makan kat sini dengan satu family kami adik beradik complete sume ada...kecuali mak tiriku...hehe sape soh x nak ikut......hehe....lupa nak wish happy birthday long semoga sehat dan murah rezeki selalu...



Ini pulak Birthday MIL, nenek pon malu gak nak tiup lilin, cucu2 gak kena tolong cover..hehe nenek siap pesan nanti nyanyi jgn sebut nama nenek tapi ups!! cucu tak boleh kontrol la sebut gak nama nenek....hehe x pe la nenek bukan selalu....Happy birthday mak, semoga mak sihat bahagia dan gembira selalu...dan dari lubuk hati ku ...mak la pengubat rindu dikala teringat arwah ibuku yang dah 3 tahun pergi..mak la tempat ku menumpang kasih seorang ibu...mak sangat baik dan aku sangat beruntung punya ibu mertua sebaik mak...sayang mak...


kami semua makan kat Johny Wangsa Maju untuk celebrate birthday mak.20 Feb 2010 genap la umur mak yang ke ....ups rahsia ye....


Ok ni pulak birthday Fatin Shamimi anak buahku yang pertama...Birthday fatin 21 February ...sehari je lepas MIL aku...kiranya bulan February ni memang penuh b'day ahli keluarga...Fatin dapat hadiah laptop from mama & abah dia....huyoooo suke la tu....Ini gabungan hadiah b'day ngan hadiah UPSR...Fatin cemerlang UPSR ,dia dapat 5A...Tahniah fatin...Tgk kerajinan dan usaha fatin Cik Omah yakin Fatin akan berjaya...Keep it up ye...Lagi pun fatin memang nurun Cik Omah ni...hehe perasan..kah kah kah...


weolls celebrate birthday fatin kat Pizza hut TTDI....Thank you mama fatin yang belanja kami semua...

Next pulak b'day siapa....Hehe Surprise!!!!
K itu tema b'day party untuk birthday yang NEXT ni...Tarikhnya 23 February.
Pada 23 February 1980 lahir la seorang budak lelaki shomel di beri nama Saiful Adzhar Ishak...Bila besar jadi jejaka tampan tapi bukan idaman Malaya ok...Idaman aku seorang sahaja...Orang lain x blh!!!hehe....Seorang suami yang sangat bertanggung jawap....sayang aku seadanya.....cintaku dunia akhirat...ayah buat anak2 kami yang comel2....

K ini ucapan dari Pengerusi Surprise Party...TQ Azli kerana sudi membantu untuk Surprise yang kantoi ditgh jalan...Next punya birthday kami akan surprisekan pengerusi plak...mula2 kami akan ikat hang kat pokok, pastu kami tutup mata, letak kerengga ngan semut api..pastu bukak tutup mata dan kami ramai2 nyanyi lagu happy b'day dan bawak kek...amacam ada berani...zalim gila punya surprise party...
Kat tepi tu ass. pengerusi yang juga byk membantu tq too azli ngan Faizah

Kemudian ucapan dari Sudin plak..x nak ketinggalan memberikan ucapan..hehe jgn malu2...buat relax je...hehe xde la, ni bukan kasi ucapan tapi tahan sejuk sebab hujan lebat giler...walaupon malam tu naik keta bersama2 epul balik dari penang tapi berjaya menutup rahsia untuk surprise party..TQ to sudin n liza....tahun depan kita wat lagi ye...ini pon ala2 gathering kita sume...dah lama tak bersua muka...dulu korang nun jauh diutara bila dah ada kat KL ni baru boleh jumpa selalu....

Birthday boy...SURPRISE!!!!!!! x ke? haha ko mmg boleh baca pikiran aku...x leh nak tipu weh....
Hehe dah masuk 3 series dah...huhu dah tua dah....semoga abang senantiasa sihat, gembira dan bahagia disisi kami semua, ditambahkan rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, kejayaan yang besar, hati yang bersih, will love u dunia akhirat...muaahhhhh

We celebrate kat Bagan Lalang Sepang...Makan Sotong, lala, pepahat ikan bakar...huhu sangat sedap....




Secret recepi Cake, sponsor by azli & inspektor mamat...Mamat ngan lily x leh dtg..mamat kena jaga mylea sebab Lily gi tgk teater.....hehe kena buli jap ngan lily...hehe...xpe lain kali kita pii sama2 ok....
K sampai disini sahaja birthday untuk bulan January dan February...menyusul b'day bulan 3 adalah
2 Mac 2010 - Adik aku Suzana
4 Mac 2010 - Adik aku Azlan
dan
>>>>>>>>>>>>>
30 Mac 2010 - Birthday aku!!!!!!tidak!!!!!! dah nak masuk 3 series gak....takutnya dah makin banyak umur...

Saturday, February 20, 2010

sakit mata yang menggerunkan

Salam, bertemu kembali kali ini..
hokey hokey baca tajuk pun dah takut...tapi memang takut...masa aku meluahkan dalam blog ni pun aku masih lagi dalam keadaan ini.Seperti ceritaku sebelum ini, aku sakit mata semenjak dari 5 feb 2010 sehinggalah hari ini, tapi sekarang sakit mata dah ok, cuma tinggal kesan dari sakit mata.


Yang ingin aku kongsikan dengan semua pasal kesan sakit mataku ini. Aku tak pernah kena sakit mata selama ini ( maksud aku lama sangat , sblm ni pernah sakit mata tapi pas 2 3 hari baik la) kali ni beza betul sakit mata aku. Berminggu2 tak baik, sangat susah hati bila mata kanan aku jadi kabur, aku yang dah sememgnya rabun ni jadi lagi rabun bila ku pakai spekmata rabun still x hilang. Haduh haru ni, sejuk2 kaki aku berdebar2 jantungku, kenapa dengan mata aku, aku sangat takut..


Atas nasihat kawan2 aku ke pakar. Aku pergi ke Tun Hussien Onn National Eye Hospital di PJ.Hospital mata je, bila jumpa doktor aku cerita yang aku dah sakit mata lebih kurang 2 minggu, sekarang dah jadi kabur, bila doktor tu cek mata guna kanta dia, dia tgk mata hitam aku dah kena infection kesan dari sakit mata yang sebelum ini aku buat endah x endah, makan ubat separuh jalan, so bila dia dah teruk aku gosok2  pulak mata maka dia telah merebak bahagian hitam mata...aku takut....aku tanya doktor tu..serious or not my situation. Doktor kata kalau aku x jaga betul2 nanti akan jadi serious....so sekarang aku jaga semua pemakanan aku, jaga ubat aku sepaya mata aku cepat baik...sangat takut..mulai saat ni aku jadi lebih sayangkan mataku ini...Ya Allah sembuhkan lah cepat mata ku ini. Aku sangat takut...kepada kawan2 kalau sakit mata jangan lah tidak dipedulikan...


Monday, February 15, 2010

2 dalam 1 lagi

herm....banyak betul yg 2 dalam 1 aku..hehe kali ni bukan pasal sakit2 lagi dah..kali ni pasal balik kg dan jalan2 pegi cherating...balik kampung....herm....aku rasa sangat seronok dapat balik kampung tempat aku membesar. Rumah tu memang aku sangat rindui...sangat2 ..kerana disana banyak kenangan aku dan arwah mak dan kami sekeluarga...dari pokok rambutan , tempat main, tempat tido dapur dan segalanya di sana...setiap sudut aku akan terus ingat mak aku...tgk baju dan kain sembahyang arwah mak aku akan lagi teringatkan dia...kain sembahyang aku akan gunakan setiap kali balik kg supaya pahalanya akan diberi pada mak kerana pinjamkan kami kain sembahyang dia....memang manusia akan lebih terasa kehilangan orang yg kita sayangi bila dia dah pergi dan jauh dari kita..aku akan terlalu emosi aku kalau cerita pasal mak...

ini lah rumah kami sekeluarga..ada bunga2 tanaman mak, seronoknya kg. tp sekrg bukan musim buah kalau tidak lg meriah


Dhia yg seronok berlari larian kat kwsn rumah atok, kejar ayam kucing kutip bunga & mcm2 lg. Haa pokok rambutan sebelah kiri tu pokok rambutan aku ye...

bibik bwk owais jln2 keliling rumah


dhia tgh ngejar anak2 ayam, sampai berarang muka berpeluh peluh

sarapan kat dapur ramai2.dulu bgn mak dah siapkan semua sarapan, sekarg kami gotong royong msk sama2. chef dia yg pakai baju kelawar tu. sedap dia msk, kami bantu2 la dia


gambar ramai2 depan rumah

aktiviti seterusnya kami pergi cherating, sekarang tengah berhenti untuk makan tgh hari

ok berkelah di tepi pantai, bwk meehoon, laksa, fruit salad & minuman

main layang-layang

tinggi betul layang2 tu..haha ok la tu baru damia senang nak tgk

berlarian-larian ditepian pantai

mandi manda eii damia seksi woo.nampak nenen sebelah

damia kelenguhan kaki....sian anak ummi

beli keropok leko, sedap kopok dia fresh dari dapur

kakak2 dan makcik2 wat kepok lekor

posing la kat kedai kopok ni, kakak iparku, kakak aku aka chef dirumah, haku yg vogue berspek itam dan sakit mata lagi, hadik aku yg tak ketinggalan nak vogue gak...hahaha  .... kedai ni masuk paper tau ramai org beli kat sini.kopok dia sedap, kalau nak aku suggest la, kopok dia sedap fresh dan kuah cicah dia sedap juga

makan time, dinner kat tepi laut

uuuuu ada lobster besor....wow

antara seafood yg ada

posing sebelum makanan sampai...kami makan 3 ekor ikan, ikan jenahak, ikan kuku , ikan kembong, udang, sotong tom yam, kailan ikan masin dan nasi putih, semua sekali RM 290 hinggi sahaja, makan untuk lebih kurang 15 org..pastu balik umah , x tido sini rumah aku ngan cherating lebih kurang 2 jam...

ok dan ini adalah hari balik kami, penerbangan pertama berlepas pukul 11 pagi, aku x mandi lagi time ni so aku punya penerbangan adalah penerbangan terakhir pukul 3 lebih baru bertolak...kumpul lagi next xtvt, kita gi sabah plak ye adik beradikku...

Related Posts with Thumbnails