Friday, March 23, 2012

Diantara budak2 comel

Assalamualaikum....

Ermmmm comelkan....ada lagi budak comel lain yg saya jumpa kat dalam Masjidilharam...tapi yg ni je yg sempat saya ambik gambar...

Gagurl lagi ramai kat dalam Masjid....tapi saya dah ada 2 org gugurl so saya x ambik gambar gugurl....saya nak boboy plak....Moga Allah perkenankan doa saya.

P/s: untuk diri saya sendiri dan kawan2, kalau Allah x berikan apa yg kita minta bukan Allah x sayang, mungkin satu hari Dia akan beri. Allah sedang uji keimanan kita.Maka belajar bersyukur. Dan juga apa yg kita x mahu mungkin itu yg terbaik buat kita. Allah lebih mengetahui. Kita hanya merancang Allah yg menentukan.

Apa2 pun kita berusaha dulu....Mari usaha untuk boboy boy!!!  Selepas itu kita serahkan pada Allah. Ameen... 






Wednesday, March 21, 2012

nasi arab

Malam terakhir sebelum kami balik, travel agensi kami buat umrah bawak makan nasi arab. wah!!!! syedapnya...

Style arab, makan bersila duduk ramai2, makan kibas n ayam...


Nasi kibas ayam sayuran sos n air mineral...huhh!!! bepeluh...kibas ni adalah kekah dari salah seorg jemaah bersama kami. dia kekahkan cucu. 2 ekor kibas baru 500 ringgit.murah la rasanya kat sini,kat M'sia  sekor pun dah 700 lebih...belum masak lagi.....  

Ermmm idea gak ni. lepas ni buat kat Mekah je la kekah...x yah sebok2 dgn kenduri bagai. 
Heheh matlamat dan angan2 nak dapat anak lelaki. maka 2 ekor kibas juga....ameennn


Makan ramai2...bersama kawan2 baru. saya sgt rindukan mereka.. best la group umrah ni...semua baik2 dan peramah belaka...moga Allah lindungi kamu semua kwan2. 


imej baru ke?

ermm.....jawapannya xlagi buat masa ni...saya pakai purdah ni itu hari masa balik sebab nak usik anak2 saya. nak tgk kalau tutup sebahagian muka diorg kenal x? 

Hehehhee....mula2 x kenal...sebab saya saje jalan jauh sikit dari suami saya...lama2 diorg dah perasan....semua mula2 macam tgk je....

Lama2 baru perasan....heheheheee...buat masa ni masih belum lagi kot pakai purdah, tapi insyaAllah saya akan cuba menjaga aurat sebaik mungkin...

Moga Allah perkenankan doa kita semua
Wassalam...

Sunday, March 18, 2012

1 pengalaman yg sukar digambarkan

Bertemu kembali...
Assalamualaikum w.b.t
Dah terlalu lama x menulis, dah lupa macam mana nak menulis dlm blog.

Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah selalu. 

Luahan kali ini nak menceritakan pengalaman dan perasaan berada dikota suci Mekah Mukarramah & Madinah Munawwarah.

Moga pengalaman yg dikongsikan akan memberi inspirasi buat rakan-rakan untuk berusaha menjejakkan kaki keTanah suci ini. Demi Allah jauh sekali untuk bersifat ujub( taksub pd diri sendiri). Ingatlah sesungguhnya duit bukanlah ukuran kita dapat ke Kota suci ini. Jemputan dariNya adalah kunci utama. Maka kita selalulah berdoa moga kita akan selalu dijemput menjadi tetamu Nya. InsyaAllah. Jika duit yg menjadi ukuran mengapa org yg banyak duit masih x dapat kesana.

Ingatlah jika kamu telah dijemput kerumahnya tidak kira bagaimana pasti jalan itu akan ada untuk kita sampai ke sana. Hatta melalui menang peraduan sekalipun.

Sekali menjejakkan kaki ke sana pasti hati akan rindu nak ke sana lagi...mengadulah dgn Allah,mintalah dgn Allah, berkongsilah denganNya ....kamu hanya ingat padaNya...

Gambar di KLIA sebelum bergerak ke Tanah Suci. Hati risau dgn bekalan ibadah yg sedikit malah buruk2 pula amalannya. Dalam hati mohon supaya Allah ampunkan segala dosa dan menerima taubat kita. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang Maha segalanya...InsyaAllah Dia telah jemput maka dia akan sambut tetamu2 dengan sebaiknya. Maka jgn lah risaukan hati. Berdoalah tanpa henti.


Meninggalkan anak2 yg masih kecil juga satu dugaan. Tabahkan hati InsyaAllah Dia akan melindungi anak2 kita sewaktu kita dirumahNya.


Saudara mara yang menghantar keberangkatan kami. Syukur tak terhingga dengan kasih sayang kalian semua...terima kasih pada mak n ayah mertua yg menjaga anak2 kami dgn penuh kasih sayang. Moga Allah murahkan rezeki berikan ksihatan yg baik  serta dapat mengerjakan haji secepat mungkin.


Ummi yg mata bengkak menangis meninggalkan anak2. wah anak2 lebih kuat semangat darimu. Mungkin hasil pesanan tanpa henti sebelum kami berangkat.Maka anak2 dah tahu kami nak tinggalkan mereka. so rileks je. Damia kata " ummi ayah pergi la mekah" waktu aku dan ayahnya peluk dia.Dhia pun senyum je..Allah Maha pemurah...memberi kekuatan pada anak2ku.....MasyaAllah naik malu ummi yg berjujuran air mata x henti2 nak tinggalkan anak. Apadaaa ummi....ummi mmg mudah keluar air mata orgnya...apa nak buat...hahahhaaaa ayah sabar ye...


Sampai Madinah Munawwarah...wahhhh sejuknya...12 darjah celcius...Madinah musim sejuk...Sampai Madinah waktu solat subuh...Pertama kali melihat Masjid Nabawi hati berkata2 Ya Allah terima kasih kerana kau telah menjemputku. Sesungguhnya berada dalam Masjid Nabi buat hati terfikir tapak2 kaki Nabi, tempat nabi solat, tempat nabi berjalan2, semua terbayang. MasyaAllah....rasa cinta dan sayang nabi membuak2....masuk makam nabi hati rasa sedih dan sayu..seorg yang sangat sayangkan umatnya sehingga akhir hayatnya...moga kita menjadi umat yg patuh pada alquran dan sunnah yg telah diwariskan. Masuk raudhah(taman syurga) satu perasaan yg sukar digambarkan...memang kena pergi kesana dan kamu akan rasa perasaan itu. Ya Allah jgnlah ini sahaja peluang kau berikan untuk aku masuk ketaman syurga...moga kau tempatkan kami dlm syurgamu yg abadi.



Kota suci sentiasa akan buat kita terfikir tentang pelbagai pengorbanan dan kuasa Allah swt. Saie Safa Marwah  buat kita terfikir pengorbanan seorg ibu...berlari2 7x kali kesafa marwah mencari air untuk anak. Kuasa Allah Maha Besar. Ini kawasan Saie Safa Marwah. 7x kali ulang alik lebih kurang 7km.so untuk kawan2 yg berniat dan akan pergi umrah rajin2 exercise so urat2 x terkejut. bukan apa after buat umrah wajib kalau kaki dah sakit2, tawaf sunat sembahyang jemaah pun nanti takut kurang, sebab x sihat dan kaki lenguh. oleh itu buat persediaan supaya bila kita ditanah suci kita sentiasa kuat, sihat dan bersemangat untuk beribadah sebnyak mungkin. doa banyak2 pada Allah supaya kita sihat dan kuat untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin. Yg perempuan berdoa supaya tidak datang haid waktu kita disana. makan ubat penahan period yg betul. next cerita saya kongsi ubat apa yg dapat bantu ok.



Tgk Kaabah hati kita sekali lagi terdetik. Ya Allah terima kasih kerana membenarkan aku sampai kesini. melihat rumahmu Ya Allah didepan mata, solat betul2 dihadapan kaabah....sebelum sampai dan  melihat kaabah hati kita pasti akan terdetik rasa takut. takut macam2...lagi2 kalau pernah dengar cerita orang sampai baitullah tapi x nampak kaabah la...x sedarkan diri dan macam2 cerita lagi...jangan lah takut sesungguhnya jika Dia telah jemput maka sesungguhnya kita telah dipilih maka kita akan dibantu Allah...Jika diuji. Sabar dan berdoa pada Allah...sesungguhnya Rasullullah apabila ada musibah atau masalah dia akan berwuduk dan solat dua rakaat mohon bantuan dari Allah. Maka itulah yg perlu kita contohi...berdoa dan mohon pada Allah seikhlasnya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Akan kita rasa kemanisan nikmat yg Allah berikan...jangan takbur dan sombong. jadi hambanya yg selalu bertaubat. demi masa manusia itu selalu dalam kerugian. Jangan masukkan kita dlm golongan yg mohon 1 hari sahaja setelah mati untuk dihidupkan dan bertaubat, sesungguhnya Allah tidak akan berikan. sentiasa bertaubat selagi hayat dikandung badan.

P/S: kawan2 berdoalah kita antara insan yg akan dijemput kerumahNya. ada kawan nak ke Mekah pesan dia doakan supaya Allah jemput kita. InsyaAllah niat dah  ada satu hari nanti  kita adalah salah seorg darinya. maka jalan kesana akan terbuka dengan pelbagai cara. sesungguhnya ditanah suci banyak tempat doa mudah dimakbulkan...amen....jazakallah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 23, 2011

nasi ayam hainan & siakap stim

hari chemah nak kongsi resepi nasi ayam hainan suka hati mak bapak dia punya cara hehehehhee

Bahan2
1) ayam sukahati sekor, dua ekor atau selori pon
2) sup bunjut
3) daun sup n bawang
4) halia
5) bawang putih 
6) kulit kayu manis n bunga lawang
7) beras
8) tomato , salad, timun, cili besar
9) air secukupnya
10)Butter
11) rempah sup
Cara
1) tumbuk halia n bawang putih masukkan dlm air & ayam macam nak buat sup tu, lepastu keluarkan ayam sudah direbuskan(mana yang nak dicincang sebagai lauk), mana yang nak jadikan sup biarkan aje,sampai bila nak masak pepandai la agak, saya siap2 bubuh garam sebab idak la tawar sgt ayam tu nanti

2) Cairkan butter lepastu masukkan kulit kayu manis,bawang putih n halia yg ditumbuk, kemudian masukkan Air stok ayam dari sup yg kita dah buat tadi, lepastu masukkan dalam periuk nasi dengan beras yg dah siap2 dibasuh n ditoskan...masak...selesai...

Lepastu hias je la....x payah pening2 ikut suka korg je nak buat macam mana dan cara mana. aku suka buat nasi ayam sebab anak2 suka sup....senang plak tu x payah nak masak mcm2 lauk...dan dibawah adalah hasilnya....

Ini saje mengada masukkan sikit ayam dlm nasi...ok jugak
Dah siap untuk dimkn....


Resepi siakap stim
Bahan-bahan
1) ikan siakap, halia muda, bawang putih merah, cili besar, serai, cili padi, jus limau kasturi, asam boi, garam, sos tiram, mana yang kena mayangkan pandai2 la korang mayangkan pastu campak je masuk semua n kukus...siap seperti di bwh



Aku suka jugak buat ni sebab makanan sihat gitew....

Tuesday, December 13, 2011

bermula episod bibik

Ermmm.... dah lama kami tunggu org dari seberang ni datang....alhamdulillah akhirnya dah sampai...orang yg kami tunggu tu x lain x bukan BIBIK la....dari bulan 10 order bulan 12 baru sampai....berkomunikasi dgn agen indonesia terus tanpa pernah bersua muka....huhuhuhuuuu mmg tercabar rasa kesabaran dan kecurigaan...almaklumla cuma berbekalkan kepercayaan je...kirim jugak la duit...tapi alhamdulillah aku x tertipu dengan akhirnya sampai BIBIK ini...dengan itu juga aku ishtiharkan bahawa aku dah ada mesin lipat kain manual....hehehehheheee .....

Bibik yg baru datang 8 Dec , 10 Dec dah jalan g kuantan. Bibik kitorg ni asal dari lombok. Aku berdoa dari sebelum dia sampai semoga kami akan punya pembantu yang bisa taat, setia, rajin, sayang budak2 dan ngak kabur dari rumah...moga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga.


Terlalu banyak cerita negatif pasal pembantu rumah yg aku tgk dan dengar. Takut mmg takut, tapi kami mmg perlukan bantuan pembantu bila nak pindah kerumah baru, kami memerlukannya bagi memudahkan perjalanan urusan harian kami.Oleh itu aku akan sentiasa berdoa moga ini pembantu terbaik buat kami. moga mmg dia membantu bukan hantu...hehehehhehee....aku dah bgtau agen kriteria apa aku nak masa nak pilih pembantu...antaranya
1) dia mesti yang islam dan sembahyang
2) dia sayang budak2 sebab paling penting jaga anak2.
3) dia x pernah datang malaysia. kalau pernah dtg mcm2 peel plak.
4) dia pandai ngaji supaya dia blh ajar anak2 aku sikit2.
5) dia patuh dan amanah, dan jangan kabur dari rumah...

Setakat masa aku menulis ni...alhamdulillah nampaknya dia seperti yg aku minta dari agen. moga dia akan jadi lebih baik dan bila dia balik keindonesia dia bisa mmbantu keluarganya. dia dah kawen ada dua org anak lelaki. umur anak pertama dia dah 11 tahun. umur baru 29 ye....hasben ada lagi dan masih belum bercerai. ...sekian cerita bibik aku....ooo lupa nama bibik kami ni murdiani... panggil bibik mur.


musim cuti sekolah musim hujan dan musim kenduri kawen

Kami menuju ke Kuantan untuk majlis kawin anak buah sepupu....macam biasa kalau hujung tahun banyak kenduri kawen tapi cuaca x menentu kejap panas kejap hujan.



Mia nape makan kat situ sorang2...alahai siannye...ni mesti kes mak dia makan x ingat kat anak ni....apa la naseb anak dia....kesian....


Eh eh lana pon pegi kenduri juga....tomey tomey tomey...nape tinggal baju ni je nak....mana gaun shantekkk tadi....


Ermmm dah debab anak ummi ni....tangan dah ketak2...lahir 2.3kg je, sekarang dah 4 kg. baek aje dia....nangis bila lapar je.....gud girl....tgk leher pon dah x nampak.....moga makin sihat....



Bawak anak2 kepantai Sepat...masyaallah ombak begulung2....macam memanggil2 nak makan orang...gerunnye.....sangat x sesuai nak bercuti ke Pantai Timur dihujung tahun...ok sekian....


Related Posts with Thumbnails