Monday, December 28, 2009

Holiday @ Singapura Day 1

24 Disember 2009


Itinerary kami sepatutnya bermula pukul 12 tgh hari, tapi biasala anak dah dua maka kami kelewatan sampai pukul 3 baru jumpa Family yang selalu cepat dan tepat. Siapa lagi kalau bukan Pasangan Lily & Mamat.Aku geng ngan Faizah & Azli kerana kami kumpulan yang selalu lambat.Hehe lain kali mereka x nak dah kot holiday ngan kitorang huahuahua. Tapi percutian kali ini menyeronokkan, lain kali kita tambah lagi ahli kumpulan yang pergi ye.Boleh buat family day



Kami baru sampai dekat Restoran Jejanjas Alor Gajah Melaka





Aku yang sudah kebosanan dalam kereta nak tunggu sampai ke Kota Singa, maka ambik gambar sendiri.



Huhhh lega nampak signboard ni, rasa dekat la sikit, damia & dhia dah kebosanan dalam kereta, bila nak sampai ni



Akhirnya kami sampai ke Tuas Checkpoint, sikit lagi nak masuk Kota Singa, tapi keadaan agak sesak, aku dok pk ramai ke agaknya org kat sana nanti, haduh susahnye la kalau ramai sgt org.



Sampai sudah kami ke tempat penginapan, Hotel ni pon dah charge lebih kurang 250 dol sin untuk 2 malam, convert to rm dekat 600, kalo kat negara tercinta dah boleh duduk hotel 5 bintang dah ni..huhh duit mengalir macam air dikali



Kami posing dulu kat xmas tree kecil kat Lion City Hotel ni, nanti kita tgk yang lagi besar ye, Sampai lebih kurang pukul 8mlm, pasni kami akan teruskan perjalanan kami ikut itinerary yang disediakan oleh auntie Lily



Ok kita isi perut dulu sebelum teruskan perjalanan ke Orchard Road. Makanan mahal kat singapore ni. satu pinggan nasi ayam $3.50 convert to rm dalam 8 hinggit lebih.Bak kata Azli x yah convert la bayo je..



Semua dah siap sedia dan bersemangat nak pegi Orchard road, kat sini banyak sopeng complex dan ada parade for xmas celebration. So kami nak pi tgk parade n window2 sopeng dulu la mana2 yang patut kunun2.



Posing dulu sebelum naik train, public transport kat sini ok la, cepat sama mcm lrt putra kat malaysia je, sama sajo, mana blh puji negara org lebey2, negara ku masih yang terbaik



Interchange kat City mende tah nama untuk naik next train ke Orchard, ok la xde la lama menunggu.Masa ni semua tgh ceria dan bersemangat.



Saje je tepek gambar ni, epul tgh menguji kebolehan dan kekretipannye menggunakan kamera barunya, ni nak fokus tang mana ni, pemegang stroler ke, azli ke sape ni, sambil mamat dalam kekaburan sikit, kreatip ke ni. Nasihatku ayah belajar lagi ye dr manual tu.



Azli with beloved wifey and his cute dotter.



Sudah lama aku tak pegi tempat yang crowded macam ni sejak beranak pinak ni, aku buat keje ni time tgh bercinta2 belum kawin dulu je, dah kawin x lalu nak pegi tempat ramai macam ni, tapi rupanya disini aku jumpa lagi tempat yg crowded mcm ni, rimasnye la dgn anak2 lagi, sabo je la



Hehe hot momma ni, hehe bergambar je la kat depan LV punya butik, x beli pon ha ha.



Ramainye la manusia kat sinikan faizah, ish nak lalu pun susah. So kita lepak je la kat sini tunggu apa2 performance..anak2 dah mula bohsan, ayah2 dan ibu2 dah mula rimas.

Macam mane nak pergi ke Takashimaya tu, nak lalu pun x lepas, ramai gile orang, ish gagal planning kitorang



Last2 sekali kami balik dengan kehampaan, parade pun xde rupanya malam tu, parade esok malam, hahaha tipah tertipu, sebelum orang berpusu2 balik kami balik dulu takut train ramai sgt org, esok xtvt akan bermula jam 6.30 pagi, itu ikut itinerary yang lily dah plan, berjaya atau tidak tunggu...



Inilah sahaja xtvt kami hari pertama, x banyak yang kami dapat buat dgn org seramai itu, balik rehatkan diri untuk kumpul tenaga esok hari pula, sambungan pada hari kedua punya xtvt esok.aku update lain hari ye, ini hari dah mengatok esok nak kereje.



2 comments:

  1. hehehe ka rosmah banyak shoping je erk.. ni kalu abg ngan nie tka suka nak ikut nie.. die kan tak suka tempat shoping2 nie.. suka tempat berehat2.. huhuh

    ReplyDelete
  2. hehe aku memang macam ni, kalau 1st time pegi xcited nak sopeng la pe lagi, nanti dah byk kali g dah blh kontrol dah sifat aku ni, haha, nasib baik laki ku x mcm angah...hahahah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails