Friday, February 5, 2010

BEBANAN HUTANG KAD KREDIT

Hai kawan-kawan hari ni i nak bagi sedikit info dan idea bagi mengatasi bebanan hutang keliling pinggang anda.mungkin dapat bantu dan mungkin boleh bagi idea pada kawan-kawan semua.

Kita hidup di dunia ni mesti ada berhutang, kalau xde hutang tipu la, mesti ada la, kalau bukan duit mungkin budi ke or watever la, sebab ada orang kata "kalau tak berhutang binatang" , ish kasarnye bunyinya..ada ke kalau x berhutang dikatakan binatang...bila kita detailkan lagi maksudnya, dia maksudkan kalau dah memang namanya manusia pasti ada hutang, binatang je yang tak berhutang. erm boleh terima la kot.

Ok kita berbalik pada bebanan hutang, ok sekarang ni kita cerita bebanan hutang kategori duit ye.Situasi aku kerja sekarang ni banyak dedahkan aku pasal masalah dan bebanan hutang orang. Kadang-kadang buat aku rasa Ya Allah susahnya kehidupan ni dengan hutang. Hutang boleh selagi ianya tidak memudaratkan diri dan orang yang kita sayang, kasihan pada diri dan org sekeliling yang terdekat. Jadi pada anak muda yang masih baru dalam dunia pekerjaan rancanglah kewangan anda semua supaya tidak terbeban terlalu berat hingga tak mampu nak pikulnya lagi.Bagi yang sudah terjerat mungkin ini dapat membantu.

Macam mana nak kurangkan bebanan hutang kad kredit, salah satu contoh seperti di bawah

Kad Kredit Bank A RM 3,000
Kad Kredit Bank B RM 15,000
Kad Kredit Bank C RM 10,000
Jumlah hutang Kad A, B & C = 28,000
Bayaran minimum bulanan pada 5% = RM 1,400

Apa yang kebanyakkan orang sekarang buat bila dilanda masalah bebanan hutang kad kredit yang byk mcm ni, mereka akan buat pembiayaan peribadi

Contoh: mohon pembiayaan peribadi RM 30,000 untuk tempoh 5 tahun pada kadar keuntungan 4.99%
Bayaran bulanan adalah RM 624.75 sebulan

Penjimatan adalah sebanyak
= ( RM 1,400(bayaran bulanan semua kad kredit) - RM 624.75(bayaran bulanan pembiayaan peribadi) 
= RM 775.25

Bayangkan ada lebihan tunai duit gaji bulanan sebanyak RM775.25 sebulan. Mungkin ianya dapat meringankan bebanan kehidupankan.

Saya akan berkongsi info lagi pada nukilan akan datang. Renung-renungkan dan semoga ianya dapat membantu anda.

1 comment:

  1. memang nak bt mcm tu tp bl nak bt loan,sangkutla pl sbb high comitmen.contohnya mcm br2 ni pnyala smngat nak settlekan kad kredit kt bank muamalat, siap dah tukar tmpat gaji dr Bsn ke bank Muamalat.Tp jadinya Adoo!!! hncur berderai.Boleh pl staff tu kata,"klu en. Apalam loan bln ogos mmg dpt tp sekrg sdh lain pnya kiraan".Aduss!!!,yang lucunya kan bl sy nak loan bln ogos, staff tu kata "en Apalam,loan km sekarang ni di bekukan n en Apalam kn pindah gaji dl,br bole bt loan dgn bank.Bayangkan,tak k skt hati,dh tkr len pl crtanya.Itu blm lg t,kocoh2 panjat bank negara nak ambil statemnt ccris k tak..wlu pn high comitment,sy tak rela di ccriskan..lps tu pl minta penyata dari bank ke bank dgn berjalan kaki sbb bkn senang nak cr parking..Hanya Allah je th btapa kecewanya sy dengan cr pengurusan bank Muamalat..bl tngok slogan yg d canangkan rs nak muntah pn ada..O.k, d sini sy nak kongsikan serba sedikit cr sy nak selesaikan masalah sy.Sy ada hutang 4 kad kredit. Byrn s,bln 4 kad kredit dlm rm 1700.Gaji sy ada la dlm rm 1500 + dgn rumah sewa rm 800.Jd dlm perkiraan sy,andainya sy loan 1/3 drpd gaji bersih,sy layak bt loan rm 50 000(kelayakan 1/3 gaji drpd gaji bersih,tu ada la kelayakan yg diuar2kan dlm promosi phk bank ).Maka dengan itu,sy hanya perlu byr rm 482 s,bln dlm tmpoh 15 tahun.Dgn byrn tersebut,kiranya gaji bersih sy s,bln dptla rm 1716.Subhanallah!!,klu la rm 1716 itu menjadi realiti,aman damai la hdp sy dgn anak2 t,cinta.Mgkin ada mulut sumbang berkata,"Siapa suruh berhutang bnyk2".Tp berapa ramai k yg berfkr n menghalusi mgapa senario ini berlaku?Tak dinafikan ada segelintir dr kita yg slh guna kad kredit.Jwpn sy"APA PILIHAN YANG KITA ADA BILA ANAK KITA SAKIT DAN PERLUKAN PERUBATAN YANG BERTERUSAN?".Dlm kdaan t,desak,itu je la pilihan yg kt ada.Anak adalah s,gala2nya"...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails