Sunday, March 18, 2012

1 pengalaman yg sukar digambarkan

Bertemu kembali...
Assalamualaikum w.b.t
Dah terlalu lama x menulis, dah lupa macam mana nak menulis dlm blog.

Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah selalu. 

Luahan kali ini nak menceritakan pengalaman dan perasaan berada dikota suci Mekah Mukarramah & Madinah Munawwarah.

Moga pengalaman yg dikongsikan akan memberi inspirasi buat rakan-rakan untuk berusaha menjejakkan kaki keTanah suci ini. Demi Allah jauh sekali untuk bersifat ujub( taksub pd diri sendiri). Ingatlah sesungguhnya duit bukanlah ukuran kita dapat ke Kota suci ini. Jemputan dariNya adalah kunci utama. Maka kita selalulah berdoa moga kita akan selalu dijemput menjadi tetamu Nya. InsyaAllah. Jika duit yg menjadi ukuran mengapa org yg banyak duit masih x dapat kesana.

Ingatlah jika kamu telah dijemput kerumahnya tidak kira bagaimana pasti jalan itu akan ada untuk kita sampai ke sana. Hatta melalui menang peraduan sekalipun.

Sekali menjejakkan kaki ke sana pasti hati akan rindu nak ke sana lagi...mengadulah dgn Allah,mintalah dgn Allah, berkongsilah denganNya ....kamu hanya ingat padaNya...

Gambar di KLIA sebelum bergerak ke Tanah Suci. Hati risau dgn bekalan ibadah yg sedikit malah buruk2 pula amalannya. Dalam hati mohon supaya Allah ampunkan segala dosa dan menerima taubat kita. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang Maha segalanya...InsyaAllah Dia telah jemput maka dia akan sambut tetamu2 dengan sebaiknya. Maka jgn lah risaukan hati. Berdoalah tanpa henti.


Meninggalkan anak2 yg masih kecil juga satu dugaan. Tabahkan hati InsyaAllah Dia akan melindungi anak2 kita sewaktu kita dirumahNya.


Saudara mara yang menghantar keberangkatan kami. Syukur tak terhingga dengan kasih sayang kalian semua...terima kasih pada mak n ayah mertua yg menjaga anak2 kami dgn penuh kasih sayang. Moga Allah murahkan rezeki berikan ksihatan yg baik  serta dapat mengerjakan haji secepat mungkin.


Ummi yg mata bengkak menangis meninggalkan anak2. wah anak2 lebih kuat semangat darimu. Mungkin hasil pesanan tanpa henti sebelum kami berangkat.Maka anak2 dah tahu kami nak tinggalkan mereka. so rileks je. Damia kata " ummi ayah pergi la mekah" waktu aku dan ayahnya peluk dia.Dhia pun senyum je..Allah Maha pemurah...memberi kekuatan pada anak2ku.....MasyaAllah naik malu ummi yg berjujuran air mata x henti2 nak tinggalkan anak. Apadaaa ummi....ummi mmg mudah keluar air mata orgnya...apa nak buat...hahahhaaaa ayah sabar ye...


Sampai Madinah Munawwarah...wahhhh sejuknya...12 darjah celcius...Madinah musim sejuk...Sampai Madinah waktu solat subuh...Pertama kali melihat Masjid Nabawi hati berkata2 Ya Allah terima kasih kerana kau telah menjemputku. Sesungguhnya berada dalam Masjid Nabi buat hati terfikir tapak2 kaki Nabi, tempat nabi solat, tempat nabi berjalan2, semua terbayang. MasyaAllah....rasa cinta dan sayang nabi membuak2....masuk makam nabi hati rasa sedih dan sayu..seorg yang sangat sayangkan umatnya sehingga akhir hayatnya...moga kita menjadi umat yg patuh pada alquran dan sunnah yg telah diwariskan. Masuk raudhah(taman syurga) satu perasaan yg sukar digambarkan...memang kena pergi kesana dan kamu akan rasa perasaan itu. Ya Allah jgnlah ini sahaja peluang kau berikan untuk aku masuk ketaman syurga...moga kau tempatkan kami dlm syurgamu yg abadi.



Kota suci sentiasa akan buat kita terfikir tentang pelbagai pengorbanan dan kuasa Allah swt. Saie Safa Marwah  buat kita terfikir pengorbanan seorg ibu...berlari2 7x kali kesafa marwah mencari air untuk anak. Kuasa Allah Maha Besar. Ini kawasan Saie Safa Marwah. 7x kali ulang alik lebih kurang 7km.so untuk kawan2 yg berniat dan akan pergi umrah rajin2 exercise so urat2 x terkejut. bukan apa after buat umrah wajib kalau kaki dah sakit2, tawaf sunat sembahyang jemaah pun nanti takut kurang, sebab x sihat dan kaki lenguh. oleh itu buat persediaan supaya bila kita ditanah suci kita sentiasa kuat, sihat dan bersemangat untuk beribadah sebnyak mungkin. doa banyak2 pada Allah supaya kita sihat dan kuat untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin. Yg perempuan berdoa supaya tidak datang haid waktu kita disana. makan ubat penahan period yg betul. next cerita saya kongsi ubat apa yg dapat bantu ok.



Tgk Kaabah hati kita sekali lagi terdetik. Ya Allah terima kasih kerana membenarkan aku sampai kesini. melihat rumahmu Ya Allah didepan mata, solat betul2 dihadapan kaabah....sebelum sampai dan  melihat kaabah hati kita pasti akan terdetik rasa takut. takut macam2...lagi2 kalau pernah dengar cerita orang sampai baitullah tapi x nampak kaabah la...x sedarkan diri dan macam2 cerita lagi...jangan lah takut sesungguhnya jika Dia telah jemput maka sesungguhnya kita telah dipilih maka kita akan dibantu Allah...Jika diuji. Sabar dan berdoa pada Allah...sesungguhnya Rasullullah apabila ada musibah atau masalah dia akan berwuduk dan solat dua rakaat mohon bantuan dari Allah. Maka itulah yg perlu kita contohi...berdoa dan mohon pada Allah seikhlasnya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. Akan kita rasa kemanisan nikmat yg Allah berikan...jangan takbur dan sombong. jadi hambanya yg selalu bertaubat. demi masa manusia itu selalu dalam kerugian. Jangan masukkan kita dlm golongan yg mohon 1 hari sahaja setelah mati untuk dihidupkan dan bertaubat, sesungguhnya Allah tidak akan berikan. sentiasa bertaubat selagi hayat dikandung badan.

P/S: kawan2 berdoalah kita antara insan yg akan dijemput kerumahNya. ada kawan nak ke Mekah pesan dia doakan supaya Allah jemput kita. InsyaAllah niat dah  ada satu hari nanti  kita adalah salah seorg darinya. maka jalan kesana akan terbuka dengan pelbagai cara. sesungguhnya ditanah suci banyak tempat doa mudah dimakbulkan...amen....jazakallah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails