Saturday, February 20, 2010

sakit mata yang menggerunkan

Salam, bertemu kembali kali ini..
hokey hokey baca tajuk pun dah takut...tapi memang takut...masa aku meluahkan dalam blog ni pun aku masih lagi dalam keadaan ini.Seperti ceritaku sebelum ini, aku sakit mata semenjak dari 5 feb 2010 sehinggalah hari ini, tapi sekarang sakit mata dah ok, cuma tinggal kesan dari sakit mata.


Yang ingin aku kongsikan dengan semua pasal kesan sakit mataku ini. Aku tak pernah kena sakit mata selama ini ( maksud aku lama sangat , sblm ni pernah sakit mata tapi pas 2 3 hari baik la) kali ni beza betul sakit mata aku. Berminggu2 tak baik, sangat susah hati bila mata kanan aku jadi kabur, aku yang dah sememgnya rabun ni jadi lagi rabun bila ku pakai spekmata rabun still x hilang. Haduh haru ni, sejuk2 kaki aku berdebar2 jantungku, kenapa dengan mata aku, aku sangat takut..


Atas nasihat kawan2 aku ke pakar. Aku pergi ke Tun Hussien Onn National Eye Hospital di PJ.Hospital mata je, bila jumpa doktor aku cerita yang aku dah sakit mata lebih kurang 2 minggu, sekarang dah jadi kabur, bila doktor tu cek mata guna kanta dia, dia tgk mata hitam aku dah kena infection kesan dari sakit mata yang sebelum ini aku buat endah x endah, makan ubat separuh jalan, so bila dia dah teruk aku gosok2  pulak mata maka dia telah merebak bahagian hitam mata...aku takut....aku tanya doktor tu..serious or not my situation. Doktor kata kalau aku x jaga betul2 nanti akan jadi serious....so sekarang aku jaga semua pemakanan aku, jaga ubat aku sepaya mata aku cepat baik...sangat takut..mulai saat ni aku jadi lebih sayangkan mataku ini...Ya Allah sembuhkan lah cepat mata ku ini. Aku sangat takut...kepada kawan2 kalau sakit mata jangan lah tidak dipedulikan...


Monday, February 15, 2010

2 dalam 1 lagi

herm....banyak betul yg 2 dalam 1 aku..hehe kali ni bukan pasal sakit2 lagi dah..kali ni pasal balik kg dan jalan2 pegi cherating...balik kampung....herm....aku rasa sangat seronok dapat balik kampung tempat aku membesar. Rumah tu memang aku sangat rindui...sangat2 ..kerana disana banyak kenangan aku dan arwah mak dan kami sekeluarga...dari pokok rambutan , tempat main, tempat tido dapur dan segalanya di sana...setiap sudut aku akan terus ingat mak aku...tgk baju dan kain sembahyang arwah mak aku akan lagi teringatkan dia...kain sembahyang aku akan gunakan setiap kali balik kg supaya pahalanya akan diberi pada mak kerana pinjamkan kami kain sembahyang dia....memang manusia akan lebih terasa kehilangan orang yg kita sayangi bila dia dah pergi dan jauh dari kita..aku akan terlalu emosi aku kalau cerita pasal mak...

ini lah rumah kami sekeluarga..ada bunga2 tanaman mak, seronoknya kg. tp sekrg bukan musim buah kalau tidak lg meriah


Dhia yg seronok berlari larian kat kwsn rumah atok, kejar ayam kucing kutip bunga & mcm2 lg. Haa pokok rambutan sebelah kiri tu pokok rambutan aku ye...

bibik bwk owais jln2 keliling rumah


dhia tgh ngejar anak2 ayam, sampai berarang muka berpeluh peluh

sarapan kat dapur ramai2.dulu bgn mak dah siapkan semua sarapan, sekarg kami gotong royong msk sama2. chef dia yg pakai baju kelawar tu. sedap dia msk, kami bantu2 la dia


gambar ramai2 depan rumah

aktiviti seterusnya kami pergi cherating, sekarang tengah berhenti untuk makan tgh hari

ok berkelah di tepi pantai, bwk meehoon, laksa, fruit salad & minuman

main layang-layang

tinggi betul layang2 tu..haha ok la tu baru damia senang nak tgk

berlarian-larian ditepian pantai

mandi manda eii damia seksi woo.nampak nenen sebelah

damia kelenguhan kaki....sian anak ummi

beli keropok leko, sedap kopok dia fresh dari dapur

kakak2 dan makcik2 wat kepok lekor

posing la kat kedai kopok ni, kakak iparku, kakak aku aka chef dirumah, haku yg vogue berspek itam dan sakit mata lagi, hadik aku yg tak ketinggalan nak vogue gak...hahaha  .... kedai ni masuk paper tau ramai org beli kat sini.kopok dia sedap, kalau nak aku suggest la, kopok dia sedap fresh dan kuah cicah dia sedap juga

makan time, dinner kat tepi laut

uuuuu ada lobster besor....wow

antara seafood yg ada

posing sebelum makanan sampai...kami makan 3 ekor ikan, ikan jenahak, ikan kuku , ikan kembong, udang, sotong tom yam, kailan ikan masin dan nasi putih, semua sekali RM 290 hinggi sahaja, makan untuk lebih kurang 15 org..pastu balik umah , x tido sini rumah aku ngan cherating lebih kurang 2 jam...

ok dan ini adalah hari balik kami, penerbangan pertama berlepas pukul 11 pagi, aku x mandi lagi time ni so aku punya penerbangan adalah penerbangan terakhir pukul 3 lebih baru bertolak...kumpul lagi next xtvt, kita gi sabah plak ye adik beradikku...

Wednesday, February 10, 2010

COBAAN 2 DALAM 1minggu

Hari ini merupakan hari yang ke 6 aku sakit mata, ditambah aku terkena demam akibat virus infection pada tekak, haduh sangat sengsara aku rasakan, sakit mata aku masih boleh bertahan, masih boleh berfacebook, memasak dan menjalankan aktiviti seperti biasa kecuali berjalan2 kerumah saudara, sopeng kompleks dan bersiar2 ditaman.Semua ku tahan kerana tak mahu sebarkan virus sakit mata ku.Tapi bagi demam aku kalah, hilang nikmat bersenang lenang dirumah, semuanye gara2 tonsilku membengkak dan terdapat nanah, aduh sangat sakit, dulu bila aku tengok AF ada student sakit tekak dan ada nanah aku x begitu dapat rasakan sengsaranya...rupanya sangat la sengsara...akibat sakit tekak ni juga aku demam dan sakit seluruh sendi, sejuk seluruh badan. dalam kepala aku memikir perbagai, kalau aku demam mcm mane dengan damia, bolehkah aku susukan dia, sangat risau damia juga akan demam, mengatasi kerunsinganku aku telefon kak Su (Siti Nursuraya) lactation penyusuan susu ibu, dulu aku beli spectra pump tu dengan kak su, so aku rujuk dia, dengan nasihat kak su barulah aku yakin untuk menyusukan damia,cuma dinasihatkan supaya jaga kebersihan supaya damia tidak terkena demam sepertiku....lega rasanya....dan nasib baik kerjaya aku bukan penyanyi kalau tidak x dapat nak cari rezeki...Akibat sakit 2  dalam satu mingguku ini aku bakal cuti sehingga raya cina, menarik je bunyinya dapat cuti lama2 ni. Tapi sengsaranya tuhan saja yang tahu. Bagi memotivasikan diriku, aku anggap ini sebagai penghapus dosa2 kecilku. Maka aku redha dengan cobaan ini. Sangat berterima kasih dengan suami yang sangat bertanggung jawap,menjaga anak2 seorang diri, melayan karenah ummi lagi, tapi sangat baik hati dan sabar tika merawat kami semua. Ayah memangku gelarkan jururawat kami di rumah, akan menyemak masa makan ubat kami, dan menyediakan makanan yg termampu. Terima kasih Ya Allah kau kurniakan aku seorang suami yang sangat baik dan membahagiakan kami.Aku sangat bersyukur. Kesedihan dan sengsara yang kurasa hilang dengan perihatin darinya, tapi rindu juga dengan kasih sayang arwah mak, kalau mak ada, dia pasti akan risau bila tahu aku demam, mak pasti akan risau kalau anak2 demam, satu hari dia akan telefon 5 6 kali untuk tanya kesihatan kami. Paling last kalau x baik2 kalau dia tak datang kat kami . kami yang akan balik kampung..mak rindunya mak...sangat rindu...Aku sangat berharap aku akan baik dengan segera, risau akan urusan pejabat jadi huru hara tika ini juga masuk dalam senarai fikiranku.Moga semuanya berjalan lancar, aku percaya aku punya kakitangan yang berdedikasi. Apa yang penting TEAMWORK

Friday, February 5, 2010

Pegi kenduri kawen pegi hospital dan akhirnya pergi ke rumah maksu

Dah agak lama tak melayan karangan untuk kehidupan kami sekeluarga..sekarang masa sangat cemburui aku , kesah kami pegi kenduri pastu hospital dan ke putrajaya umah maksu adalah kesah satu hari yang sama

Aku suka bercerita dengan ada gambar senang sikit.so layan ye

Ini ummi, Damia & kakak dhia posing sebelum naik lif untuk ke dewan kenduri kawin...ayah tukang tangkap gambar


Kami pi kenduri kawen adik ipar uncle azli kawan ayah kat wisma sejarah, cantik pelamin dia, warna pun suka aku tgk, zaman aku dulu org x pakai lagi color ni, sekarang ramai suka color ni, sangat suka, tapi zamanku sudah berlalu, sekarang tgk org punya sahaja, erm masa aku kawin dulu tgh glamer kaler hijau daun pisang, meroon, purple pastu color apa lagi eh..pink la kot, sebab time tu ramai kaler ijau aku juga x ketinggalan warna ijau...k k zaman aku dah lepas ..pasni tgk kaler zaman anak2 aku plak...harap aku sempat tgk...

Ini adik dan kakak posing bersama..adik kenapa buat mcm tu...adik mmg susah benor nak dok diam


Ok kakak dhia gaya ala2 paris hilton lalu atas karpet merah masa grammy award..uish bukan main lagi ye kakak, kami dah nak balik, pastu nak g hospital pusrawi kat sebelah je ngan wisma sejarah ni, adik damia dah batuk lama x baik2...nak pi ambik gas..sian adik damia

mereka semasa menunggu turn damia nak jumpa doktor, ok damia rileks lagi time ni...


Arghh sudah jerit sudah damia....x nak pakai bende tu, sangat susah ...xpe2 kalau dia nangis lagi banyak dia sedut gas bagi cairkan kahak dia...ok ok ummi kena tahan perasaan dan sabor ye

 
ok keadaan agak tenang damia dah blh terima kenyataan kalau dia nangis pon ummi xkan lepaskan dari pakai gas itu..good girl...syayang amia


ok seterusnya kami pi umah owais kat putrajaya, nak pi jumpa mummy and daddy dia yg baru balik umrah, tak g melawat lagi. Damia naik kuda!! kudaku lari gagah berani


main-main ngan good boy, sian dia dua minggu kena tinggal dgn mummy n daddy dia...xpe next time blh pi umrah sama2 ngan daddy n mummy


naik kuda semula, tadi turun kejap..suka benor ngan menatang ni...ok sampai disini sahaja cerita tiga lokasi kami dalam satu hari



BEBANAN HUTANG KAD KREDIT

Hai kawan-kawan hari ni i nak bagi sedikit info dan idea bagi mengatasi bebanan hutang keliling pinggang anda.mungkin dapat bantu dan mungkin boleh bagi idea pada kawan-kawan semua.

Kita hidup di dunia ni mesti ada berhutang, kalau xde hutang tipu la, mesti ada la, kalau bukan duit mungkin budi ke or watever la, sebab ada orang kata "kalau tak berhutang binatang" , ish kasarnye bunyinya..ada ke kalau x berhutang dikatakan binatang...bila kita detailkan lagi maksudnya, dia maksudkan kalau dah memang namanya manusia pasti ada hutang, binatang je yang tak berhutang. erm boleh terima la kot.

Ok kita berbalik pada bebanan hutang, ok sekarang ni kita cerita bebanan hutang kategori duit ye.Situasi aku kerja sekarang ni banyak dedahkan aku pasal masalah dan bebanan hutang orang. Kadang-kadang buat aku rasa Ya Allah susahnya kehidupan ni dengan hutang. Hutang boleh selagi ianya tidak memudaratkan diri dan orang yang kita sayang, kasihan pada diri dan org sekeliling yang terdekat. Jadi pada anak muda yang masih baru dalam dunia pekerjaan rancanglah kewangan anda semua supaya tidak terbeban terlalu berat hingga tak mampu nak pikulnya lagi.Bagi yang sudah terjerat mungkin ini dapat membantu.

Macam mana nak kurangkan bebanan hutang kad kredit, salah satu contoh seperti di bawah

Kad Kredit Bank A RM 3,000
Kad Kredit Bank B RM 15,000
Kad Kredit Bank C RM 10,000
Jumlah hutang Kad A, B & C = 28,000
Bayaran minimum bulanan pada 5% = RM 1,400

Apa yang kebanyakkan orang sekarang buat bila dilanda masalah bebanan hutang kad kredit yang byk mcm ni, mereka akan buat pembiayaan peribadi

Contoh: mohon pembiayaan peribadi RM 30,000 untuk tempoh 5 tahun pada kadar keuntungan 4.99%
Bayaran bulanan adalah RM 624.75 sebulan

Penjimatan adalah sebanyak
= ( RM 1,400(bayaran bulanan semua kad kredit) - RM 624.75(bayaran bulanan pembiayaan peribadi) 
= RM 775.25

Bayangkan ada lebihan tunai duit gaji bulanan sebanyak RM775.25 sebulan. Mungkin ianya dapat meringankan bebanan kehidupankan.

Saya akan berkongsi info lagi pada nukilan akan datang. Renung-renungkan dan semoga ianya dapat membantu anda.

Tuesday, February 2, 2010

kasihan blogku terbiar sepi

Hukhukhuk....masa sangat mencemburuiku...sudah hilang masa untuk aku menulis diary terbukaku ini...ye la kesah dalam ni umpama cerita yang sanggup kita kongsikan dengan orng yang mungkin kita kenali dan mungkin juga tidak...


Tapi yang pasti aku sangat kesuntukan masa untuk meluahkan, menulis dan bercerita kisah kami disini.
Xpe2 nanti aku akan update cerita2 terbaru kami, sangat byk nak cerita ni..


Related Posts with Thumbnails